Friday 27 April 2012

Syukur

Bingkas bangun tidur, anak kecil dikejutkan satu suara yang lembut, dibelai dengan penuh rasa cinta, rasa kasih seorang ibu. Suasana alam yang tenang, sejuk-sejuk yang mendamaikan jiwa, mententeramkan sanubari, kala seluruh alam Allah dalam keadaannya yang di puncak, menyajikan rezeki di seluruh muka Buminya. Masih ada anak Adam yang bisa sujud di atas tikar sembahyangnya, dengan penuh khusyuk dan tawadduk, sentiasa mengingatkan diri, sahabat, saudara, akan satu masa pasti berakhir lakonan di atas dunia, pasti bertemu Sang Pencipta, dihitung, dihisab, dikira amalannya, apa mungkin berat buku amalannya, atau condong ke kiri berat bahunya. Itu semua satu kepastian, seperti mana pastinya kematian bagi setiap yang bernyawa. Dihitung walau seberat  dan sebesar zarah. Namun hari ini, jika kamu masih bisa membaca nukilan ini, masih mampu mendengar lunak alunan suara Azan, bersyukurlah bahawa Allah masih memberi ruang dan kesempatan buat kamu menambah amalan baikmu....

1 comment:

  1. anak kecil itu..
    sedari kecil..
    dibimbing perlakuan..
    mengikut qarin stiap masa..

    hingga besar anak kecil itu...
    bagai lupa mana asalnya..
    moga tidak leka...

    sempurna...

    ReplyDelete